Khidmat Kargo melalui Landasan Kereta Api China-Laos Cecah RMB1 Bilion

2022-01-19 12:22:03  CRI
Share with:

Sebanyak 153 kali pengangkutan kargo merentasi sempadan telah dijalankan melalui landasan kereta api China-Laos setakat Isnin, sejak perkhidmatan berkenaan beroperasi pada 3 Disember lalu.

Khidmat pengangkutan itu melibatkan 59.5 ribu tan kargo yang nilainya mencecah RMB1 bilion (RM659 juta).

Jaringan landasan kereta api tersebut kini meliputi 15 buah bandar di China, serta lebih 10 buah negara di sepanjang Jalur dan Laluan termasuk Laos, Thailand dan Singapura.