Cerita Kashgar: Jalan Raya Dataran Tinggi

2022-01-20 08:09:34  CRI
Share with:

Kashgar Xinjiang merupakan tempat penting dari segi pengangkutan sepanjang Laluan Sutera Kuno oleh saudagar dari dalam dan luar negara China sejak zaman purba. Di samping itu, Kashgar juga antara kota yang terkenal dengan budaya dan sejarah peringkat negara dengan memperlihatkan adat resam, kebudayaan, kesenian, seni bina bangunan dan gaya ekonomi tradisional etnik Uygur.

Kashgar terletak di tenggara wilayah Xinjiang, bersempadan dengan Afghanistan dan Pakistan. Menurut keputusan bancian kebangsaan ketujuh 2020, jumlah penduduk tetap di Kashgar melebihi 4.49 juta orang.



Jalan raya Karakoram bermula dari Kashgar, wilayah Xinjiang, melalui Dataran Tinggi Pamirs dan Sempadan Khunjerab hingga utara Pakistan. Jalan tersebut merupakan jalan rentas sempadan yang terletak di tempat beraltitud paling tinggi di dunia dengan  ketinggian 4,700 meter dari paras laut.