China, Belarus Sambut Ulang Tahun Ke-30 Hubungan Diplomatik

2022-01-20 12:40:22  CRI
Share with:

Presiden China, Xi Jinping dan rakan sejawatnya dari Belarus, Alexander Lukashenko hari ini saling mengirim perutusan tahniah sempena ulang tahun ke-30 terjalinnya hubungan diplomatik kedua-dua negara.

Xi menyatakan persahabatan antara China dan Belarus kekal utuh setelah mengharungi pelbagai ujian dalam tempoh tiga dekad lalu, menyaksikan kesalingpercayaan politik semakin kukuh dan program kerjasama membuahkan hasil memberangsangkan.

Beliau menyuarakan kesediaan untuk bersama-sama Presiden Lukashenko memantapkan lagi perkongsian strategik komprehensif China-Belarus, serta kerjasama berorientasikan Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI) demi manfaat rakyat kedua-dua negara.

Sementara itu, Lukashenko menerusi perutusannya meluahkan keyakinan bahawa semangat muhibah dan sokong-menyokong yang tersemai di kalangan rakyat kedua-dua negara dapat diwariskan dari generasi ke generasi.