Tahap Kepercayaan Rakyat China Terhadap Kerajaan Cecah 91 Peratus

2022-01-21 12:37:35  CRI
Share with:

Tahap kepercayaan rakyat China terhadap kerajaan mencapai 91 peratus pada 2021, meningkat 9 peratus berbanding 2020, kekal paling tinggi di dunia, menurut laporan syarikat konsultasi komunikasi antarabangsa, Edelman.

Jurucakap Kementerian Luar, Zhao Lijian memaklumkan hasil kajian Edelman Trust Barometer pada 2017 and 2018 menunjukkan, indeks kepercayaan rakyat China terhadap kerajaan adalah paling tinggi antara negara-negara yang ditinjau. Tahun ini, angka itu mencatat rekod baharu dalam tempoh sedekad. 

Menurutnya, prestasi tersebut lahirnya daripada kebertanggungjawaban Parti Komunis China (PKC) serta kerajaan yang sentiasa meletakkan kepentingan rakyat sebagai keutamaan.

"Prinsip berbakti untuk rakyat dan bergantung pada rakyat menjadi pedoman dalam pentadbiran dan agenda pembangunan kerajaan.

"Di samping itu, kerajaan China juga komited memastikan hasil pembangunan dikongsi bersama seluruh rakyat," kata Zhao dalam sidang media pada Khamis.