Kecelaruan, Bukti Demokrasi AS Gagal

2022-01-21 15:02:43  CRI
Share with:

20 Januari, genap setahun Presiden Joe Biden mentadbir Amerika Syarikat (AS).

Bagaimanapun, Sky News Britain dipetik sebagai berkata, ia tempoh yang meninggalkan banyak parut bagi pemimpin AS. 

Penularan wabak COVID-19 yang berleluasa, lonjakan inflasi serta polarisasi politik yang semakin ketara... hampir semua manifesto yang dilaungkan presiden AS itu gagal ditunaikan.

Kini, wabak COVID-19 telah meragut hampir 900,000 nyawa di AS, meningkat kira-kira 500,000 berbanding tahun sebelumnya. Sementara itu, kes jangkitan pula menokok hampir tiga kali ganda.

"Prestasi" ekonomi yang ditunjuk-tunjuk Presiden AS termasuk penurunan kadar pengangguran, pertumbuhan ekonomi dan kenaikan indeks pasaran saham, dianggap pseudo kemakmuran hasil dasar kewangan yang amat longgar.  

kecelaruan AS juga dilihat dengan nyata dari pelbagai sudut seperti perpecahan politik yang makin teruk dan pengunduran tentera secara tergesa-gesa dari Afghanistan. Semua ini turut mencerminkan AS kekal tidak berubah, biarpun ditadbir oleh pemimpin baharu.

Kelam-kabut yang berlaku di AS mencerminkan kegagalan demokrasi pada akar umbinya. Jika ditinjau dari segi politik, sistem dwipartian berlandaskan semak dan imbang  (checks and balances) membawa negara itu terjerumus dalam kancah perpecahan. Di samping itu, politik kewangan turut menghakis proses pilihan raya, legislatif dan pentadbiran AS.

Dalam bidang ekonomi pula, neoliberalisme yang disyorkan politikus dan peniaga telah menjejaskan ekonomi sebenar AS, sekali gus memburukkan masalah ketidaksamarataan dan percanggahan pandangan dalam kalangan masyarakat tempatan.