Perlunya Kerjasama Utuh China, AS

2022-01-21 13:10:26  CRI
Share with:

Kerjasama utuh antara China dengan Amerika Syarikat (AS) bermanfaat bagi dua negara itu malah seluruh dunia.

Ini kesepakatan peserta Forum Hong Kong mengenai Hubungan China-AS edisi ketiga yang berlangsung secara hibrid bermula 19 hingga 21 Januari.

Para peserta berpendapat, perlunya dua kuasa itu memperkasakan kerjasama kerana berkongsi kepentingan bersama yang meluas dalam hal ehwal dua hala dan global.

Menteri Kanan Emeritus Singapura, Goh Chok Tong menyatakan, terdapat banyak isu global yang mendesak memerlukan kolaborasi rapat antara China dengan AS, termasuk perdagangan bebas, perubahan iklim, pencegahan wabak COVID-19 dan ekstremisme.

Pada pandangannya, hubungan dua buah negara itu harus berasaskan kepada persaingan sihat, dan dilakukan seboleh mungkin hingga menjadi penggerak pembangunan.

Menurut beliau, China dan AS diharap supaya menjalin hubungan yang positif dan konstruktif.