Bandar Beijing Diserikan Lagi Demi Sukan Olimpik Musim Sejuk

2022-01-21 14:23:36  CRI
Share with:

Tiga kawasan pertandingan Sukan Olimpik Musim Sejuk 2022 iaitu Beijing, Yanqing dan Zhangjiakou diserikan lagi dengan tiga landskap yang signifikan.

Difahamkan, 10 buah petak bunga dan 200 ribu buah tanglong yang dipenuhi elemen Sukan Olimpik Musim Sejuk, Tahun Baharu Cina dan adat tradisional, untuk menghidupkan suasana yang meriah dan aman untuk menyambut temasya sukan itu.

Pada masa sama, kerja-kerja perhiasan turut dilaksanakan berdasarkan konsep penjimatan dengan memanfaatkan barangan lama dan menyediakan arca dan penanaman tumbuh-tumbuhan sepanjang tahun.