China, Malaysia Ikrar Perkasa Kerjasama Pragmatik dan Saling Untung

2022-01-22 15:55:10  CRI
Share with:

China mengutamakan hubungan persahabatan dengan Malaysia, dan bersedia memperkasakan kerjasama pragmatik berkualiti tinggi dalam pelbagai bidang.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kongres Rakyat Kebangsaan (NPC) China, Li Zhanshu berkata demikian dalam pertemuan dengan Yang Dipertua Dewan Rakyat Malaysia, Tan Sri Azhar Azizan Harun yang berlangsung secara maya pada Jumaat.

Kata beliau, China komited memperkukuh kesalingpercayaan strategik dengan Malaysia, memperluas kerjasama dalam melawan pandemik COVID-19, menggalakkan pembangunan bersama, di samping mempergiat pertukaran sosiobudaya dengan Malaysia.

Tegas beliau, NPC bersedia berusaha bersama dengan Parlimen Malaysia untuk menyediakan jaminan undang-undang kepada kerjasama berorientasikan Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI), dan memelihara kepentingan negara membangun di pentas multilateral.

Tan Sri Azhar Azizan Harun pula berkata, Malaysia mengutamakan perkembangan hubungan dengan China, dan komited memperluas lagi kerjasama saling untang dengan China dalam pelbagai bidang.

Beliau juga menzahirkan komitmen Parlimen Malaysia untuk mempergiat pertukaran muhibah dengan NPC dan menggalakkan perkembangan perkongsian strategik menyeluruh Malaysia-China.