Amalan Membuli AS Terkena Tamparan Hebat

2022-01-22 15:57:24  CRI
Share with:

Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (AS) menarik balik tuduhan terhadap Profesor berketurunan Cina, Gang Chen dari Institut Teknologi Massachusetts (MIT) pada Khamis. Sehubungan dengan itu, Reuters dalam rencananya menyifatkan hal itu sebagai kegagalan baharu dalam pelaksanaan “Inisiatif China” oleh AS.

Pada Junuari 2021, Prof. Gang Chen ditahan pihak berkuasa AS dengan tuduhan tidak memaklumkan hubungan kerjasama dengan sebuah institusi pengajian tinggi (IPT) China ketika memohon peruntukan daripada kerajaan AS.

Namun, menurut penerangan yang dibuat Presiden MIT, L. Rafael Reif, hubungan kerjasama itu dijalinkan antara MIT dengan IPT China, bukannya amalan Gang Chen sendiri.

Di samping itu, lebih seratus pensyarah dan kakitangan MIT turut menandatangani surat terbuka bagi menyuarakan sokongan kepada Gang Chen.

Peristiwa itu semakin menular dalam masyarakat AS, sehingga mencetuskan kritikan pedas kepada “Inisiatif China”.

Demi mengekang China, AS terus-menerus meletakkan halangan kepada pertukaran sosiobudaya dan sains antara kedua-dua negara pada beberapa tahun kebelakangan ini. Dalam senario tersebut, “Inisiatif China” dilaksanakan AS sejak 2018. Dengan dalih mencegah “pencurian hasil penyelidikan sains” dan “perisik ekonomi”, inisiatif itu menuntut jabatan kehakiman di 94 wilayah negara itu mengemukakan sekurang-kurangnya satu hingga dua dakwaan terhadap China.

Bukan sahaja mengemukakan dakwaan yang tidak berasas, malah meletakkan bilangan tuduhan yang disasarkan, susahlah dibayangkan perkara yang tidak masuk akal itu berlaku di AS, negara yang sentiasa menyatakan diri menjunjung “demokrasi” dan “pentadbiran di sisi undang-undang”.   

Manipulasi politik tidak dapat menutup fakta. Setakat ini, lapan tuduhan dalam rangka “Inisiatif China” telah ditarik balik. Ia sekali gus memberi tamparan hebat kepada kegiatan AS yang menyalahgunakan undang-undang dan melakukan pembulian politik.