Kereta Api Kargo China-Eropah Selesai Masalah Penghantaran Waktu Puncak TBC

2022-01-24 13:55:29  CRI
Share with:

Sebuah kereta api kargo dengan 45 gerabak berlepas dari Stesen Hai'an, provinsi Jiangsu, menuju ke Hanoi, Vietnam pada Rabu lalu.

Difahamkan, ia merupakan kereta api kargo China-Eropah pertama dari Delta Sungai Yangtze China ke ASEAN dalam waktu puncak menjelang perayaan Tahun Baru Cina (TBC).

Kandungan kargo yang dibawa kereta api itu termasuk barangan pejabat, produk tekstil dan gentian kimia, kemudahan perlindungan alam sekitar, serta produk jentera. Dimaklumkan 60 peratus kargo  tersebut merupakan barangan keluaran Hai'an, Jiangsu dan kawasan sekitar bandar Nantong.

Dalam pada itu, perkhidmatan kereta api kargo China-Eropah itu amat membantu dalam menyelesaikan masalah pengangkutan bagi pihak perusahaan.

Wakil dari salah sebuah perusahaan terlibat, Wang Juping memaklumkan bahawa lebih daripada RMB 20,000(RM 13,207) diperlukan bagi menghantar setiap kontena melalui pengangkutan laut, manakala kos pengangkutan bagi setiap kontena boleh dijimatkan sebanyak RMB 5,000(RM3,302)  sehingga ke  RMB 6,000(RM3,962) dengan menggunakan kereta api kargo China-Eropah.

Untuk rekod, sejak kereta api kargo China-Eropah dari Sungai Yangtze ke ASEAN dibuka pada Oktober tahun lalu, sebanyak 33 kali perjalanan kereta api yang melibatkan 1,300 gerabak telah beroperasi.