Kecaman terhadap Apa yang Disebut 'Resolusi Hong Kong' Parlimen Eropah

2022-01-24 15:58:25  CRI
Share with:

Pada beberapa hari lalu, sejumlah ahli politik Hong Kong bertalu-talu mengutuk dan menentang apa yang disebut 'Resolusi mengenai Hong Kong' yang diluluskan Parlimen Eropah baru-baru ini, dan menuntut politikus berkenaan segera menghentikan gimik anti-China yang keji dan muslihat yang bertujuan mengacau-bilaukan Hong Kong serta cubaan dengan apa jua caranya mencampuri urusan dalaman China.

Sejumlah wakil Kongres Rakyat Kebangsaan (NPC) ke-13 China dari Hong Kong mengeluarkan kenyataan yang menuntut Parlimen Eropah menghormati sejarah dan realiti, mentaati undang-undang antarabangsa dan tata tertib asas hubungan antarabangsa, menghentikan segera semua lakuan kasar yang memfitnahkan dasar “satu negara dua sistem” China dan mengacau-bilaukan Hong Kong.  

Kerajaan pusat China berjaya mengambil tindakan yang selaras dengan situasi sebenar Hong Kong termasuk menguatkuasakan Undang-undang Keselamatan Negara Melibatkan Hong Kong, menyempurnakan sistem pemilihan, dan mengukuhkan pelaksanaan prinsip “patriot mentadbirkan Hong Kong”, bukan sahaja mendorong demokrasi Hong Kong kembali ke landasan perkembangan yang tepat, tetapi juga membuka lembaran baharu dalam merealisasikan pentadbiran yang kondusif.

Seramai 88 anggota Majlis Legislatif Hong Kong dalam kenyataan bersama menyatakan bahawa resolusi berkenaan yang diluluskan Parlimen Eropah tanpa mempedulikan fakta, dengan tujuannya melalui memutar-belitkan pelaksanaan “satu negara dua sistem” di Hong Kong membantu segelintir politikus mengaut laba politik peribadi, dan memberikan sokongan kepada anasir yang bertudung 'kebebasan dan hak asasi' bertindak mengacaukan Hong Kong.  

Politikus berkenaan yang kelihatan begitu asyik melakukan gimik politik yang ketakdiran sia-sia sahaja, digesa sebaiknya mengambil tindakan yang berfaedah kepada hubungan China-Eropah dan rakayat kedua-dua pihak.