Hak Undi Iran di PBB Dah Pulih

2022-01-24 15:22:48  CRI
Share with:

Hak undi Iran di Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) telah pulih, setelah  digantung suatu masa ekoran tanpa membayar yuran PBB. Berita ini diumumkan wakil tetap Iran ke PBB, Majid Takht Ravanchi pada Sabtu lalu.

Menurut laporan berkenaan, yuran PBB kira-kira USD18 juta (RM75 juta) yang ditanggung oleh Iran, telah dibayar oleh Republik Korea dengan menggunakan dana Iran yang dibeku di negara itu. Bertindak selaras dengan sekatan Amerika Syarikat terhadap Iran, dua bank Republik Korea telah membeku kira-kira USD7 bilion (RM29.3 bilion) dana Iran sejuk bulan September tahun 2019. Dana itu adalah pendapatan Iran yang diperoleh daripada pengeksportan petrol kepada Republik Korea.