“Penginap” Kumpulan Pertama Kampung Sukan Olimpik Musim Sejuk 2022 di Zhangjiakou

2022-01-24 15:32:20  CRI
Share with:

Kampung Sukan Olimpik dan Paralimpik Musim Sejuk 2022 di Zhangjiakou telah menyambut kedatangan “penginap”kumpulan pertama semalam termasuk 40 orang atlet dari Kontinjen Australia, Britain dan Kanada.

 

Kampung yang seluas 19.7 hektar tersebut terdiri daripada tiga zon yang fungsinya berbeza.

Zon kediaman terdiri daripada 9 kompleks bangunan penginapan dan satu kompleks umum. Zon lapangan pula melibatkan premis perniagaan, penaja, kedai runcit eksklusif, pameran perubatan tradisional Cina dan aktiviti kebudayaan. Dan zon operasi pula merangkumi perkhidmatan pengangkutan dan Pusat Pelawat, Pusat Media dan Pusat Keselamatan.

Kampung Sukan Olimpik Musim Sejuk di Zhangjiakou dijangka akan beroperasi secara rasmi pada 27 Januari yang akan datang dan berlangsung selama 53 hari hingga 16 Mac. Seramai 2,020 orang atelt dan pegawai dari 79 buah negara dan kawasan sempena Sukan Olimpik Musim Sejuk 2022, dan seramai 644 orang atlet dan pegawai dari 39 buah negara dan kawasan dalam tempoh Sukan Paralimpik Musim Sejuk 2022 akan menginap di sini.