Perdagangan Kargo China No.1 Dunia Untuk Lima Tahun

2022-01-25 15:38:55  CRI
Share with:

China menjadi pasaran penggunaan barangan kedua terbesar di dunia dan kekal menghuni tangga kedua dalam ranking global tentang modal asing yang tertarik pada tahun 2021,  selain menduduki tempat pertama ranking global dalam bidang perdagangan kargo untuk lima tahun berturut-turut.

Dalam sidang media pagi tadi, pegawai Kementerian Perdagangan China ketika memperkenalkan prestasi perdagangan negara ini pada tahun 2021 memaklumkan, China telah menubuhkan 21 buah zon rintis perdagangan bebas, berusaha mendorong pembinaan Pelabuhan Perdagangan Bebas Hainan dan telah menandatangani Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau (RCEP) yang melibatkan wilayah yang  paling luas di dunia.

Perdagangan China beroperasi dengan stabil dan prestasinya lebih baik daripada jangkaan. Lonjakan baharu dapat disaksikan dalam empat bidang iaitu perdagangan luar, modal asing, skop penggunaan dan pelaburan terhadap negara terlibat dalam pembinaan Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI). Selain itu, kemajuan yang menonjol kelihatan tercapai dalam kerjasama dua hala dan pelbagai hala.