Bangunlah, Politikus Lithuania Yang Hanya Tahu Cakap Angin Sahaja

2022-01-25 14:55:37  CRI
Share with:

Menurut laporan daripada beberapa media termasuk Reuters, sejumlah syarikat Lithuania dan syarikat pelaburan negara Kesatuan Eropah di Lithuania telah mengalami kerugian agak besar ekoran politikus negara itu mencabar prinsip 'satu China' sehingga mengakibatkan hubungannya dengan China menjadi tegang. Menurut perangkaan yang berkenaan, kerugian keseluruhan tersebut dijangka mencecah ratusan juta Euro. Syarikat yang terbabit mendakwa bahawa mereka sudah dijadikan korbanan akibat dasar kerajaan negaranya dan menggesa agar pihak berkuasa memperbaiki hubungan dengan China dengan segera.

Pada bulan November tahun lalu, kerajaan Lithuania membelakangi pedomannya semasa penjalinan hubungan diplomatik dengan China, dengan mengizinkan pihak berkuasa Taiwan menubuhkan apa yang disebut "Pejabat Perwakilan Taiwan" di negara itu. Ini tidak selari dengan prinsip 'satu China' dan dilihat sebagai campur tangan yang ganas terhadap urusan dalaman China. Tindakan balas yang diambil China berdasarkan peraturan Pertubuhan Perdagangan Dunia(WTO), bertujuan memelihara kedaulatan negara sendri melalui cara yang wajar, dan Lithuania merupakan pihak penanggung segala akibat buruk itu.

Sebuah keputusan tinjauan pendapat umum pada penghujung tahun lalu menunjukkan, peratusan rakyat Lithuania yang percayai pada kerajaan sudah menurun kepada 17.3%.

Seperti yang dinyatakan Presiden Lithuania, Gitanas Nausėda, sektor korporat negaranya jelaslah mengalami kerugian besar, dan kerugian itu akan bertambah semakin besar pada masa kelak' akibat pengaruh dari hubungan Lithuania-China pada tahap sekarang ini.

Bangunlah politikus Lithuania yang hanya tahu cakap angin sahaja, dan jangan memandang remeh keazaman, tekad dan kemampuan rakyat China untuk memelihara kedaulatan negara dan keutuhan wilayah. Trend penyatuan semula tanah air China mustahil terhalang. Mereka yang bertindak salah itu digesa cepat kembali ke landasan yang betul, mengambil langkah untuk memperbaiki hubungan dengan China dan memikul tanggungjawab dalam memberikan penjelasan kepada syarikat dan rakyat yang terbabit dalam negaranya.