Tokoh Asing Nantikan Kejayaan Sukan Olimpik Musim Sejuk 2022

2022-01-25 13:50:01  CRI
Share with:



Mesyuarat perbincangan parti politik “Inisiatif Jalur dan Laluan” (BRI) antara China dengan negara Asia Tenggara dan Asia Selatan anjuran Jabatan Antarabangsa Pusat Parti Komunis China (PKC) diadakan secara maya semalam. Tokoh-tokoh politik dari negara Asia Tenggara dan Selatan telah menunjukkan sokongan dan harapan terhadap Sukan Olimpik Musim Sejuk 2022 di Beijing, di samping yakin China pasti boleh menyajikan temasya sukan yang jimat, selamat dan menarik kepada dunia.

 

Ketua Pengarah Jabatan Antarabangsa Pusat PKC, Song Tao berkata, sejak BRI dikemukakan Presiden Xi Jinping, PKC dan parti politik pelbagai negara meningkatkan interaksi dan kerjasama dalam kerangka BRI. Mulai 2019, mekanisme perbincangan parti politik BRI yang diwujudkan antara China dengan negara Asia Tenggara dan Selatan, telah menyaksikan pelaksanaan banyak kerja yang kondusif. Beliau juga menyampaikan harapan semoga atlet dari negara Asia Tenggara dan Selatan mencapai hasil cemerlang dalam Sukan Olimpik Musim Sejuk 2022 di Beijing.

 

Pada waktu yang sama, sejumlah tokoh dari parti politik asing pula menyanjung tinggi terhadap kerja persiapan Beijing untuk menjayakan Sukan Olimpik Musim Sejuk edisi tahun ini.

 

Presiden Majlis Taman Perdagangan Berkembar Malaysia-China, Siew Fook Chan berkata, China mencapai prestasi baik dalam usaha pencegahan dan kawalan wabak COVID-19, yang dijangka mampu memastikan keselamatan para atlet dan tetamu semasa berlangsungnya Sukan Olimpik Musim Sejuk nanti.

 

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Pertahanan Senat Pakistan selaku Pengerusi Institut Pakistan-China (PCI), Mushahid Hussain Sayed mengeluarkan bantahan tegas terhadap perbuatan sesetengah negara yang mempolitikkan sukan. Kata beliau, perbuatan seperti itu tidak mencerminkan pendapat arus perdana masyarakat antarabangsa.