Lebuh Raya Fasa Ketiga Bandung Beroperasi

2022-01-25 13:23:47  CRI
Share with:

Majlis perasmian penggunaan lebuh raya projek  fasa ketiga Bandung, Indonesia yang dibina dengan bantuan syarikat China telah  diadakan semalam.

Gabenor provinsi Jawa Barat, Mochamad Ridwan  Kamil mengucapkan terima kasih kepada mereka yang menyumbang kepada projek  terbabit dan memastikan jadual pembinaannya berjalan lancar. Sebagai komponen  penting jaringan lebuh raya di pulau Jawa, projek tersebut berperanan besar  dalam menambahbaik lalu lintas di kawasan Bandung sekaligus menggalakkan  pembangunan sosioekonomi tempatan.

Lebuh raya sepanjang 10.5 kilometer itu  mempunyai empat lorong dan dua hala, disambung dengan lebuh raya Jakarta-Bandung  yang sedia ada, dan merupakan laluan utama menuju ke Lapangan Terbang Bandung.  Pihak pembina projek dalam kerangka kerjasama kerajaan China-Indonesia itu,  adalah CRBC (China Road & Bridge Corporation) berdasarkan usahasama dengan  syarikat milik negara Indonesia.