Perdagangan Luar China Baharui Rekod pada 2021

2022-01-25 13:22:38  CRI
Share with:

Jumlah import eksport kargo China pada tahun  2021 telah meningkat 21.4% berbanding tahun sebelumnya, dengan mencatat RMB39.1  trilion (RM25.8 trilion), iaitu satu rekod baharu bagi perdagangan luar negara  ini, antaranya import dan eksport masing-masing bertumbuh 21.2% dan  21.5%.

Menurut jurucakap Kementerian Perdagangan  China hari ini, prestasi cemerlang itu tercapai berkat pertumbuhan pesat import  eksport China dengan rakan dagang utama, iaitu ASEAN, Kesatuan Eropah (EU) dan  Amerika Syarikat (AS), yang masing-masing mencecah 19.7%, 19.1% dan  20.2%.

Selain itu, eksport produk berteknologi tinggi  dan bernilai tambahan tinggi meningkat dengan cepat, antaranya eksport peralatan  elektromekanik melonjak 20.4%, sedangkan eksport kenderaan tenaga baharu  melambung tiga kali ganda.

Pada Januari hingga November 2021, import  eksport perkhidmatan mewujudkan RMB4.7 trilion (RM3.1 trilion), meningkat 14.7%  berbanding tempoh yang sama tahun 2020. Antaranya, eksport perkhidmatan hiburan  perseorangan dan pembayaran harta intelek masing-masing meloncat naik 36.2% dan  29.3%.