Surat Tahniah Wang Yi kepada Persidangan Perlucutan Senjata

2022-01-26 14:27:02  CRI
Share with:

Sidang fasa pertama Persidangan Perlucutan Senjata (CD) 2022 telah membuka tirainya semalam. Wang Yi, ahli Dewan Negara merangkap Menteri Luar China, mengutus surat tahniah kepada sidang itu.

Wang dalam suratnya menyatakan bahawa masyarakat antarabangsa meletakkan harapan tinggi terhadap kerja CD berikutan kedudukan dan peranan CD selaku platform yang penting yang menjadi lebih menonjol pada era baharu dalam bidang keselamatan dan tadbir urus sejagat.  China selaku negara pengerusi bergilir yang pertama pada tahun ini, menyeru semua negara anggota memegang prinsip saling menghormati, mengusahakan pencapaian kata sepakat melalui rundingan, bersungguh-sungguh membincangkan topik konvensional dan cabaran baharu, memastikan keselamatan pelbagai negara tidak terjejas, dan memperjuangkan matlamat mewujudkan keselamatan yang berkekalan di seluruh dunia.

Wang menekankan lagi, China sentiasa mengekalkan pembangunan secara damai, teguh memainkan peranan sebagai pembina kedamaian, penyumbang pembangunan dan pelindung tata tertib di persada dunia. Selaku pengerusi bergilir CD, China sudi memikul tanggungjawab, terus memainkan peranan konstruktif, dan meningkatkan koordinasi dengan negara lain untuk menyumbang kepada perkembangan CD.