Kampung Sukan Olimpik Musim Sejuk Mula Operasi

2022-01-27 15:22:53  CRI
Share with:


Tiga Kampung Sukan Olimpik Musim Sejuk 2022 yang masing-masing terletak di tiga kawasan pertandingan termasuk Beijing, Yanqing dan Zhangjiakou telah dibuka secara rasmi untuk menyambut kedatangan kontinjen dari pelbagai negara pagi tadi.

 

Hari ini, seramai 360 orang anggota dari 20 kontinjen termasuk China, Perancis, Finland, Itali dan Kanada dilaporkan mula menginap di Kampung Sukan Olimpik Musim Sejuk di kawasan pertandingan Beijing.

 

Perkhidmatan yang serba lengkap seperti penginapan, katering, kedai dobi, gim, hiburan, membeli-belah, pameran, mesyuarat, perubatan dan pengangkutan tersedia dalam Kampung Sukan Olimpik Musim Sejuk yang berfungsi sebagai “rumah sementara” bagi atlet, pegawai dan kakitangan berkenaan.