Gimik AS, Coret Arang Pada Muka China

2022-01-27 16:32:03  CRI
Share with:

Jabatan Negara Amerika Syarikat (AS) sedang  menimbangkan sama ada memberi mandat kepada diplomat dan anggota keluarga mereka  yang bertugas di China untuk membuat pengunduran dari negara ini atau tidak.  Dalihnya adalah dasar pencegahan dan kawalan wabak yang dilaksanakan China amat  "ketat". Pada masa kurang 10 hari menjelang perasmian Sukan Olimpik Musim Sejuk  2022 di Beijing, segelintir politikus AS yang bermain gimik sebegini sebenarnya  mahu memfitnah dasar pencegahan dan kawalan wabak China, mengganggu Sukan  Olimpik Musim Sejuk 2022 yang sedang berjalan lancar di peringkat persiapan  akhir, bahkan menimbulkan pertentangan dan pemisahan. Bukan main kejinya mereka  yang asyik bermain gimik politik.

Wajah sebenar segelintir politikus AS yang  kecil hati terdedah dalam persembahan gimik yang diarahkan mereka satu demi  satu, manakala tujuan sebenar mereka juga terdedah di persada dunia, iaitu  mereka-reka rintangan untuk Sukan Olimpik Musim Sejuk 2022 di Beijing tanpa  berfikir tindakan macam itu sebenarnya boleh mencemarkan semangat Olimpik, dan  menjejaskan suasana perpaduan dan kerjasama dalam masyarakat  antarabangsa.

Beijing komited menyajikan Sukan Olimpik Musim  Sejuk 2022 yang “sederhana, selamat dan menarik” kepada dunia. Temasya berkenaan  adalah platform pertandingan adil, simbol perpaduan dan persahabatan umat  manusia, namun bukanlah pentas untuk pertunjukkan politikus AS. Kini, Presiden  Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC), Thomas Bach telah tiba di China.  Sementara itu, Presiden Rusia, Poland, Argentina, lima negara Asia Tengah juga  berjanji akan datang ke Beijing. Sokongan dan harapan masyarakat antarabangsa  terhadap temasya itu tidak akan terkesan akibat permainan gimik yang diarahkan  mereka yang keji.

AS  disarankan bersungguh-sungguh menimbangkan apa yang disebut isu 'pengunduran  diplomat' dan berhenti mempolitikkan sukan. Uncle Sam, janganlah berlawan dengan  seluruh dunia, dan menjadikan pertunjukkan sepihak sebagai bahan  tertawaan.