Dipersembah Dalam 15 Bahasa, Lagu "Together For a Shared Future" Kini Tular

2022-01-27 15:56:20  CRI
Share with:


Menjelang Sukan Olimpik Musim Sejuk 2022 di Beijing, para peneraju Kumpulan Media China (CMG) bersama dengan lebih 20 penyanyi dari 15 negara telah menjayakan video muzik (MV) untuk mempromosi slogan temasya itu pada Rabu. 

Dengan berlatarbelakangkan bangsa dan bahasa berbeza, kesemua mereka mempersembahkan nyanyian lagu "Together for a Shared Future"  yang membawa maksud "Bersama ke Arah Masa Depan yang Dikongsi" bagi tujuan memaparkan dan menyamarakkan semangat Olimpik.

Dalam perkembangan lain, MV "Together for a Shared Future" yang dihasilkan secara berasingan dalam 16 bahasa termasuk Malaysia, Indonesia, Filipina, Thailand, Kemboja, Myanmar, Laos dan lain-lain kini juga tular di media sosial pelbagai negara.