CMG Anjur Forum Inovasi Media Global

2022-01-27 14:23:13  CRI
Share with:

Buat pertama kalinya, Forum Inovasi Media Global anjuran Kumpulan Media China (CMG) diadakan dengan kerjasama Jawatankuasa Olimpik China dan Jawatankuasa Penganjur Olimpik Musim Sejuk Beijing  di sini, pada Rabu lalu.

Forum yang turut disokong Kementerian Sains dan Teknologi itu berlangsung dengan tema "Berusaha  bersama wujudkan Olimpik Musim Sejuk yang berteraskan teknologi canggih" serta menarik penyertaan secara maya oleh petugas dari 145 badan media dan pertubuhan antarabangsa dari 78 buah negara dan wilayah.

Penganjuran forum tersebut turut diserikan dengan ucapan tahniah dari Presiden China, Xi Jinping melalui kiriman surat.

Xi dalam suratnya yang dibaca oleh Presiden CMG, Shen Haixiong itu berharap para peserta dapat berbincang, berinteraksi dan berkongsi maklumat, serta membantu menonjolkan keistimewaan sukan ais dan salji, sekali gus menyemarakkan semangat Olimpik.

Dalam surat itu, Xi meletakkan harapan tinggi terhadap peranan penting media dalam memberikan sumbangan terhadap kejayaan Sukan Olimpik Musim Sejuk Beijing.

Presiden Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC), Thomas Bach turut mengucapkan tahniah terhadap perasmian forum itu dan berharap ia dapat membuahkan hasil cemerlang.

Tambahnya, sejak beberapa dekad lalu, CMG dan Stesen Televisyen Pusat China(CCTV) di bawahnya merupakan antara rakan kongsi mesra IOC yang sentiasa berusaha mempersembahkan daya tarikan Sukan Olimpik kepada  rakyat China.

Justeru kata Bach, dengan pelancaran saluran televisyen Olimpik CMG, kerjasama antara kedua-dua pihak kini berada pada satu tahap yang baharu.

Sebagai edisi pertama, forum itu mempamerkan teknologi inovatif liputan siaran Sukan Olimpik Musim Sejuk CMG, keadaan pemeteraian perjanjian perkhidmatan berita khas "Meet the Winter Olympics", dan melancarkan dokumentari bertemakan Olimpik Musim Sejuk  yang bertajuk "Flying Over the Ice and Snow Line" yang dirakamkan bersama oleh CMG dan Insight TV Belanda.

Antara hasil penting yang akan dicapai dalam forum itu adalah, CMG dengan organisasi media antarabangsa seperti Kesatuan Penyiaran Asia Pasifik, Kesatuan Penyiaran Negara-negara Arab,  pertubuhan Pertukaran Akhbar Eropah (ENEX) dan Kesatuan  Penyiaran Amerika Latin dan Caribbean ( ULCRA) ), bersama-sama mengeluarkan "Inisiatif Bersama Forum Inovasi Media Global Pertama".

Selain itu, difahamkan forum yang bertema "Olimpik Musim Sejuk Pintar, Melangkah ke Masa Depan Bersama", "Menonton Sukan Olimpik Musim Sejuk bersama-sama" dan "Teknologi Canggih Liputan CMG untuk Sukan Olimpik Musim Sejuk" serta sub-forum Amerika Utara turut akan diadakan.