Lima Saranan Buka Lembaran Baharu Kerjasama China-Asia Tengah

2022-01-27 13:46:11  CRI
Share with:


Presiden China, Xi Jinping ketika mempengerusikan telesidang ulang tahun ke-30 terjalinnya hubungan diplomatik China dengan lima negara Asia Tengah di Beijing semalam telah mengeluarkan lima saranan bagi memperkasakan kerjasama yang melibatkan segenap aspek,dan turut mendapat sahutan yang hangat daripada pemimpin lima negara Asia Tengah. Seterusnya, China dan lima negara Asia Tengah membuahkan hasil yang paling signifikan dalam telesidang itu, iaitu mengumumkan akan membina satu komuniti berkongsi nasib, yang dilihat sebagai satu lembaran baharu bagi hubungan dalaman blok ini.

Dalam rumusan yang dibuat Xi, beliau menyatakan bahawa terdapat empat petua bagi kejayaan kerjasama antara China dengan lima negara Asia Tengah, iaitu saling menghormati, menyemarakkan semangat kejiranan, saling membantu, sama untung dan sama menang. Bagi perkembangan selanjutnya pada masa depan, Xi pula mengemukakan lima saranan, iaitu terus memupuk semangat kejiranan yang baik, membina koridor kerjasama untuk pembangunan berkualiti tinggi, meningkatkan kemampuan pemeliharaan kedamaian, membina keluarga besar yang majmuk yang berpandukan komunikasi dan menyumbang kepada pembangunan damai sejagat.  

Dalam telesidang itu, Xi menyatakan dengan suara lantang bahawa menentang sebarang kuasa luar melakukan “resolusi berwarna” di Asia Tengah, atau mencampuri urusan dalaman negara lain dengan dalih pemeliharaan hak asasi manusia, atau menjejaskan kehidupan rakyat yang tenteram.

Pengumuman bersama yang dikeluarkan selepas sidang kemuncakk itu menekankan bahawa setiap negara mempunyai hak mutlak untuk memilih jalan dan model pembangunan dan tadbir urus negara sendiri, dan mengutuk sebarang amalan keganasan, pemisahan dan ekstremisme dalam bentuk apa-apa pun. Ini menggambarkan kepentingan sama milik China dan lima negara Asia Tengah dalam bidang yang luas termasuk bidang politik dan keselamatan, dan juga mencerminkan sokongan yang teguh antara satu sama lain dalam isu melibatkan kepentingan teras masing-masing.  

Sementara itu, China mengemukakan siri langkah untuk menaiktaraf kerjasama kondusif dengan negara Asia Tengah, seperti membuka pasaran kepada negara Asia Tengah, berusaha meningkatkan jumlah perdagangan dua hala kepada USD70 bilion (RM294 bilion) menjelang tahun 2030, mempercepat pembinaan projek landasan kereta api China- Kyrgyzstan- Uzbekistan dan mendorong pembinaan koridor pengangkutan China-Asia Tengah.

Dalam tempoh masa 30 tahun bahkan lebih panjang yang akan datang, lima saranan China tersebut dipercayai akan menjadi sandaran kuat bagi kerjasama yang semakin rancak antara China dengan negara Asia Tengah yang berkaitan rapat dengan peningkatan kesejahteraan rakyat.