Musim pengangkutan semasa Tahun Baharu China (TBC) di negara ini digelar sebagai “pergerakan individu yang berskala paling besar di dunia”. Ekoran pengubahsuaian dasar kawalan wabak di China mutakhir ini, musim pengangkutan tahun ini menjadi amat sibuk dan kemeriahan suasana sambutan perayaan itu dapat dirasai semula.
Rakyat China kini menjalani kehidupan normal, dan kini sedang sibuk membuat persiapan untuk menyambut Tahun Baharu China (TBC). Malah ada rakyat memelih untuk melancong ke seberang laut dalam cuti panjang TBC. Kesemua ini adalah disebabkan langkah pembendungan wabak yang saintifik di China, dan ia juga memperlihatkan kejayaan kawalan wabak di negara ini dalam tempoh tiga tahun lalu.
Sejak China menguatkuasakan dasar terbaharu membabitkan pencegahan dan kawalan COVID-19, pergerakan sentas sempadan menjadi lebih mudah, dan ia turut disambut baik oleh masyarakat antarabangsa.