Xi Ucap 'Selamat TBC' semasa Tinjauan di Shanxi

2022-01-28 15:00:36  CRI
Share with:

Pada saat menjelang ketibaan Tahun Baharu Cina (TBC) tidak lama lagi, Presiden China Xi Jinping mengadakan tinjauan ke provinsi Shanxi. Ketika beramah mesra dengan penduduk tempatan, beliau mengambil peluang mengucapkan 'Selamat TBC' kepada rakyat China yang berbilang kaum, saudara setanah air di Hong Kong, Macau dan Taiwan serta perantau China di seberang laut.  Setelah menyampaikan harapan semoga sekalian sihat, bekerja dengan lancar, keluarga bahagia dan beruntung pada tahun Harimau, Xi juga menyampaikan mogaan agar tanah air kekal indah, aman dan makmur.

Pada 26 dan 27 Januari lalu, Xi telah meninjau pembangunan kawasan desa, jabatan perlindungan artifak dan syarikat berkenaan di bandar Linfen dan Jinzhong.

Pada bulan Oktober tahun lalu, Shanxi pernah dilanda banjir musim gugur yang paling dahsyat dalam sejarahnya. Kampung Fengnanhuan di bandar Huozhou merupakan antara yang mengalami kerugian paling besar. Presiden Xi memilih pergi ke kampung itu untuk menziarahi mangsa bencana pada petang 26 Januari. Beliau menyatakan bahawa pihak berkuasa akan menghulurkan bantuan berterusan kepada penduduk untuk mengatasi kesukaran. Serentak itu, pembangunan semula pasca bencana akan dijalankan selaras dengan kempen pembangunan desa.

Ketika melawat kampung Duan di pekan Sengnian kaunti Fengxi, Xi menyatakan bahawa pembinaan pemodenan negara tidak terlepas dari pemodenan pertanian dan desa, hendaklah terus membuahkan hasil dalam pembasmian kemiskian di samping mendorong pembangunan desa dengan bersungguh-sungguh supaya dapat membantu rakyat menjalani kehidupan yang lebih baik.

Sektor pembekalan elektrik dan sistem pemanas semasa musim sejuk juga menjadi tumpuan Xi sepanjang tinjauan tersebut. Beliau memilih melawat sebuah syarikat yang menyerlah dalam penggunaan arang batu yang bersih dan berkecekapan tinggi pada beberapa tahun kebelakangan ini, dan turun padang untuk menyaksikan operasi penyimpanan arang batu.

Xi menyatakan bahawa memperjuangkan sasaran mencapai puncak pelepasan karbon dan peneutralan karbon bukanlah satu hal yang dituntut orang, tetapi sesuatu kewajipan yang patut kami tunaikan. Perjuangan itu sememangnya tidak mudah, dan perlu diusahakan dengan mematuhi hukum objektif.