AS Didesak Betulkan Kesalahan dalam Siasatan Bantuan Perdagangan

2022-01-28 14:05:15  CRI
Share with:

Amerika Syarikat (AS) didesak segera mengambil  tindakan untuk membetulkan kesalahannya dalam melakukan siasatan bantuan  perdagangan terhadap China.

Demikian dinyatakan jurucakap Kementerian  Perdagangan China, Gao Feng semalam susulan keputusan Pertubuhan Perdagangan  Dunia (WTO) mengenai dakwaan China terhadap AS yang mengambil tindakan  anti-subsidi.

Menurut keputusan yang diumumkan kelmarin, AS  dikenalpasti gagal melaksanakan keputusan WTO yang sudah berkuatkuasa, maka  Beijing berhak mengambil tindakan balas perdagangan kargo bernilai USD645 juta  (RM2.7 bilion) setahun terhadap Washington. Ini kali kedua China memperoleh  kuota berkenaan di WTO, setelah mendapat USD3.579 bilion (RM15 bilion) setahun  dalam pengadilan kes pertelingkahan perdagangan akibat langkah anti-lambakan  oleh AS.

Gao Feng menegaskan, pada masa yang sekian  lama, AS terbukti melanggar peraturan WTO, menyalahgunakan langkah bantuan  perdagangan, menolak pelaksanaan keputusan dan kewajipan WTO, sehingga  menjejaskan suasana yang adil dalam perdagangan  antarabangsa.

China akan mengikuti perkembangan kes ini dan  mengamat-amati tindakan AS pada peringkat selanjutnya, sementara itu mengekalkan  hak sendiri untuk mengambil tindakan yang setimbal, demi memelihara kewibawaan  mekanisme perdagangan multilateral.