Xi Bakal Hadir Majlis Perasmian Sukan Olimpik Musim Sejuk 2022 di Beijing

2022-01-28 16:42:45  CRI
Share with:

Presiden China, Xi Jinping akan menghadiri  majlis perasmian Sukan Olimpik Musim Sejuk 2022 di Beijing pada 4 Februari  nanti, dan majlis jamuan untuk pemimpin negara, kerajaan dan anggota keluarga  diraja serta penanggungjawab pertubuhan antarabangsa yang datang ke China, di  samping mengadakan siri aktiviti dua hala.

Mereka yang menghadiri majlis perasmian  temasya sukan terbabit adalah Presiden Rusia, Vladimir Putin, Raja Kemboja,  Norodom Sihamoni, Presiden Singapura, Halimah Yacob, Presiden Kazakhstan, Kassym  Jomart Tokayev, Presiden Kyrgyzstan, Sadyr Nurgozhoevich Japarov, Presiden  Tajikistan, Emomali Rahmon, Presiden Turkmenistan, Gurbanguly Berdymuhamedov,  Presiden Uzbekistan, Shavkat Miromonovich Mirziyoyev, Presiden Mesir,  Abdelfattah al Sisi, Putera Mahkota Arab Saudi, Muhammad bin Salman bin Abdel  Aziz Al Saud serta Presiden Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC), Thomas  Bach, Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) Antonio Guterres,  Pengerusi Perhimpunan Agung PBB, Abdulla Shahid, Ketua Pengarah Pertubuhan  Kesihatan Sedunia, Tedros Adhanom Ghebreyesus dan  sebagainya.