Xinjing Kaya dengan Sumber Sukan dan Pelancongan Musim Sejuk

2022-01-28 15:04:24  CRI
Share with:

Wilayah Autonomi Xinjiang sekarang mempunyai dua kawasan pelancongan yang berunsurkan salji dan ais pergunungan, iaitu Altay dan Tianshan, dan sebanyak 72 buah taman ski yang menyaksikan berlangsungnya lebih 400 buah aktiviti yang terkandung dalam 12 buah pesta setiap tahun. Demikian dimaklumkan jurucakap kerajaan Xinjiang, Xu Guixiang dalam sidang media semalam.

Tentang keputusan kem anti-China daripada Amerika Syarikat dan dunia Barat tidak menghantar delegasi rasmi untuk menyertai Sukan Olimpik Musim Sejuk 2022 di Beijing dengan dalih adanya “buruh paksa” di Xinjiang, Xu Xianggui menyatakan bahawa mengkaitkan dakwaan yang bersifat fitnah tersebut dengan temasya sukan di Beijing sebenarnya mencerminkan kebangkitan semula "mentaliti Perang Dingin, dan merupakan gimik yang keji yang bertujuan mengekang pembangunan China dengan isu Xinjiang yang diadakan-adakan.

"Sukan Olimpik Musim Sejuk di Beijing bukan pentas bagi politikus melakukan gimik dan manipulasi, melainkan perhimpunan bagi atlet dan penggemar sukan salji dan ais dari seluruh dunia, yang berperanan memperkukuh perpaduan dan persahabatan masyarakat antarabangsa." Kata Xu.