Aeroangkasa China, Pemangkin Perkembangan Umat Manusia

2022-01-29 14:39:45  CRI
Share with:

China mengeluarkan Kertas Putih 'Angkasa Lepas China 2021' semalam yang buat pertama kalinya menyatakan akan mendorong usaha membina komuniti berkongsi nasib sesama insan dalam bidang angkasa lepas, sekali gus menunjukkan sikap yang lebih terbuka dan aktif dalam bidang itu. Dalam tempoh lima tahun lalu, perkembangan bidang aeroangkasa China telah memasuki tempoh pembangunan inovatif yang pesat.

Perkembangan bidang aeroangkasa China melibatkan segenap aspek  termasuk penyelidikan sains terhadap ruang angkasa lepas dan juga aplikasi sains aeroangkasa. Penyelidikan dan aplikasi untuk tujuan damai itu sedang berperanan sebagai pemangkin perkembangan umat manusia ke masa depan yang lebih cerah.

Angkas lepas dipunyai seluruh umat manusia, maka aktivti dalam bidang aeroangkasa sepatutnya dilaksanakan demi kesejahteraan manusia. Sikap China yang terbuka, kerjasama dan berkongsi dalam pembangunan bidang aroangkasa boleh disaksikan seluruh dunia.

Pada zaman ini, semakin banyak negara giat meningkatkan penerokaan dalam bidang aeroangkasa sehingga dunia telah memasuki satu era baharu yang akan mengalami tranformasi besar.

Pada saat yang penting ini, China mengemukakan konsep tentang membina komuniti berkongsi nasib sesama insan dalam bidang angkasa lepas yang dilihat sebagai satu jawapan bagi soalan yang ringkas ini, 'Apa tujuan umat manusia dalam meneroka aeroangkasa?'

Pada masa depan, usaha China dalam meneroka aeroangkasa demi kesejahteraan umat manusia dan kemajuan tamadun akan disaksikan oleh seluruh dunia.