RCEP Berkuatkuasa di Korea Selatan Bermula 1, Feb

2022-01-29 15:14:13  CRI
Share with:

Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau  (RCEP) akan berkuatkuasa di Korea Selatan bermula 1, Februari  nanti.

Dengan itu, tarif yang dikenakan China  terhadap produk tekstil dan keluli buatan Korea Selatan akan beransur-ansur  dikurangkan sehingga sifar, manakala tarif terhadap sebahagian generator dan  alat ganti automobil buatan Korea Selatan juga diturunkan. Sementara itu, Korea  Selatan membatalkan tarif terhadap dekstrin, dan mengurangkan tarif terhadap  pakaian serta jubin seramik yang diimport dari  China.

Setelah  berkuatkuasa di Korea Selatan yang dikenali sebagai pemeterai ke-11, RCEP akan  seterusnya berkuatkuasa di Malaysia pada Mac  nanti.

Dimaklumkan bahawa jumlah pemeterai yang  bertambah semakin banyak akan membawa manfaat yang semakin banyak kerana sijil  pengiktirafan tempat asal yang bertambah banyak melibatkan wilayah yang semakin  luas.

Dengan adanya penguatkuasaan RCEP nanti,  Republik Korea dapat menggariskan senario industri dalam kerangka berkenaan dan  meningkatkan kecekapan dalam pelaburan di seberang laut yang dipercayai kondusif  kepada kelancaran, penyelarasan dan penyusunan semula rantai industri dan  pembekalan di rantau Asia Timur Laut.

Dimaklumkan, perjanjian perdagangan bebas yang  termeterai China dan Korea Selatan yang sudah berkuatkuasa sebelum ini, beserta  RCEP yang segera akan berkuatkuasa yang mengandungi dasar keutamaan tentang  akses pasaran dalam pelaburan kargo dan perkhidmatan, kemudahan perdagangan,  e-dagang dan harta intelek, dipercayai berfaedah bagi perkembangan hubungan  bilateral kedua-dua negara dan kerjasama rantaian nilai  serantau.