Pengendalian Tertutup Demi Kuarantin Sukan Olimpik

2022-01-30 15:38:43  CRI
Share with:

 


Sidang media pencegahan wabak COVID-19 semasa Sukan Olimpik Musim Sejuk 2022 telah diadakan di Beijing semalam.

Ketua pakar kumpulan perubatan Sukan Olimpik Musim Sejuk 2022, McCloskey menyatakan setakat ini semua langkah kuarantin dalam pengendalian tertutup berjalan lancar dan boleh dipercayai. Beliau yakin akan keselamatan semua peserta temasya Sukan Olimpik Musim Sejuk di Beijing ini.

Sementara itu, McCloskey menegaskan peri pentingnya risalah pencegahan wabak. Menurut beliau, risalah tersebut mengandungi peraturan yang patut dipatuhi semua atlet dan orang yang terlibat pelbagai segmen termasuk pencegahan jarak jauh, pemvaksinan, pengendalian tertutup, ujian asid nukleit, usaha menjejaki punca jangkit dan kuarantin.


Pada waktu yang sama, McCloskey juga menunjukkan jumlah kes positif mungkin akan mencapai puncak dalam beberapa hari akan datang seiring dengan kedatangan pelbagai kontinjen. Siapa saja yang didapati positif dalam ujian perlu diuji semula. Jika masih menunjukkan keputusan positif, orang itu akan dikesan dalam kes jangkitan. Oleh itu, cabaran dihadapi pihak penganjur sangat besar. Namun beliau juga menekankan bahawa matlamatnya bukan untuk merealisasikan sifar kes jangkitan, melainkan memutuskan saluran penularan terbabit. Oleh itu, kes jangkitan dapat dikesan serta merta berkat pelaksanaan pengurusan tertutup secara ketat yang dipercayai sangat berguna dalam menghalang penularan virus.