Lonjakan Baharu Perdagangan China-ASEAN

2022-01-30 15:19:26  CRI
Share with:

Dalam konteks berleluasanya wabak COVID-19 dan  pemulihan ekonomi sejagat menjadi perlahan, China dan ASEAN menyaksikan skala  perdagangan bilateral pada tahun 2021 meloncat 28.1% berbanding tahun 2020,  dengan mencatat USD878.207 bilion (RM3.68 trilion), iaitu satu rekod baharu  dalam sejarah. Dengan itu, hubungan perdagangan China-ASEAN yang semakin rapat  dilihat berfaedah bagi penciptaan peluang pembangunan yang baharu dan pemulihan  ekonomi serantau.

"Dari data statistik yang diumumkan Jabatan  Pentadbiran Am Kastam China baru-baru ini, jumlah eksport ASEAN terhadap China  melonjak ketara. Walaupun mengalami tamparan wabak, China yang tetap menunjukkan  perkembangan positif dalam bidang ekonomi, menjadi rakan strategik yang paling  boleh dipercayai bagi ASEAN dalam pemulihan ekonomi tempatan," ujar Ketua  Pengarah Pusat Penyelidikan Ekonomi dan Perundangan Indonesia, Bhima Yudhistira.  Katanya, sektor perusahaan kecil dan sederhana di negara ASEAN boleh mendapat  peluang melalui perkembangan hubungan perdagangan dengan China, khususnya  berpeluang meneroka pasaran China menerusi platform  e-dagang.

Dimakllumkan, skala perdagangan antara China  dengan Indonesia pada tahun lepas melambung 58.6%. China mempertahankan  kedudukannya sebagai rakan dagang terbesar bagi  Indonesia.