China Mahu Perkukuh Hubungan dengan Malta

2022-01-31 14:56:56  CRI
Share with:

Presiden China, Xi Jinping dan rakan sejawatnya dari Malta,  George Vella mengirim perutusan tahniah antara satu sama lain sempena sambutan ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik China-Malta hari ini.

Xi menyatakan bahawa pihaknya komited memperkukuh persahabatan tradisional, memperkasa kerjasama bilateral dan multilateral, selain mengintensifkan hubungan China-Malta hingga membuahkan hasil cemerlang demi memberikan manfaat kepada rakyat kedua-dua negara ini.

George Vella pula menyatakan bahawa hubungan Malta-China sentiasa mengekalkan tahap perkembangan yang tinggi sepanjang lima dekad lalu. Malta akan terus  menyokong  Kesatuan Eropah (EU) mempergiat kerjasama dengan China, selain menyuntik momentum baharu kepada hubungan persahabatan tradisional kedua-dua negara.