346 Juta Penduduk China Libatkan Diri dalam Sukan Ais dan Salji

2022-01-31 15:12:58  CRI
Share with:

Presiden China, Xi Jinping pernah berkata bahawa seandainya sukan ais dan salji dipromosikan di China, seramai 200 hingga 300 juta orang mungkin akan terlibat dalam sukan ini.

Sejak Beijing memenangi hak untuk menjadi tuan rumah Sukan Olimpik Musim Sejuk pada 2015, jumlah penduduk China yang menyertai sukan ais dan salji telah mencecah 346 juta orang dengan kadar penyertaan merekodkan 24.56%,  sekali  gus mencapai matlamat yang menggalakkan 300 juta orang melibakan diri dalam sukan ais dan salji.