Sesi Terbuka UNSE terhadap Situasi Ukraine, Rusia dan AS Keras Lawan Keras

2022-02-01 13:47:37  CRI
Share with:

Majlis Keselamatan PBB(UNSC) mengadakan sesi terbuka mengenai situasi Ukraine atas permintaan Amerika Syarikat(AS) pada Isnin lalu.

Pada sidang tersebut, pelbagai negara berpendapat, tindakan Rusia dan AS yang beradu hujung jarum dan tidak bertolak ansur sedikit pun tidak bermanfaat bagi perpaduan UNSC.

Wakil tetap China ke PBB, Zhangjun ketika menghuraikan pendirian China menyeru pelbagai pihak kekal sabar untuk mengelakkan situasi daripada terus meruncing.

“China menumpu kepada punca yang mengakibatkan ketegangan situasi Ukraine. Pandangan sesetengah negara yang diwakili AS tentang peperangan akan tercetus di Ukraine tidak masuk akal. Pelbagai pihak perlu berpegang kepada penyelesaian perselisihan melalui dialog dan rundingan,” kata Zhang.