Pulau Bali akan Dibuka Semula kepada Pelancong 4 Februari
2022-02-01 13:02:42 CRI
Kerajaan Indonesia semalam memutuskan untuk membuka semula pulau percutian Bali kepada pelancong asing yang telah divaksin bermula 4 Februari.
Selain itu, kerajaan Indonesia juga memendekkan tempoh kuarantin bagi pengembara asing yang tiba di negara itu kepada lima hari berbanding tujuh hari sebelum ini.
Menurut peraturan negara itu, warga asing yang memasuki wilayah Indonesia wajib lengkap divaksinasi.
Jika pelancong hanya menerima dos pertama vaksin COVID-19, mereka perlu dikuarantin selama tujuh hari.