IOC: Aplikasi "My 2022" Dijamin Selamat

2022-02-03 14:16:12  CRI
Share with:


usulan terdapat keraguan yang disuarakan oleh sesetengah kuasa Barat tentang 'keselamatan data' dalam aplikasi "My 2022", Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) tampil untuk menepis dakwaan tersebut.

Dalam satu kenyataan terbuka, IOC menyatakan bahawa aplikasi tersebut telah melalui penilaian oleh dua agensi bebas dalam keselamatan rangkaian dan disahkan tidak mempunyai unsur bahaya tersembunyi.

Terdahulu, China mengeluarkan Panduan Pencegahan Epidemic Sukan Olimpik dan Paralimpik Musim Sejuk Beijing 2022 sebagai langkah untuk memastikan keselamatan semua pihak terjamin sepanjang berlangsungnya temasya sukan dan turut memperkenalkan aplikasi "My 2022" tersebut.

Menerusi aplikasi itu, individu yang mendafatar boleh memuat naik status pemantauan kesihatan masing-masing setiap hari dan menikmati perkhidmatan yang mudah seperti navigasi, terjemahan dan katering.

Difahamkan, aplikasi tersebut tidak diwajibkan untuk dimuat turun dalam peranti mudah alih kerana ia juga boleh diakses dalam versi 'web'.

China juga menekankan bahawa langkah keselamatan seperti penyulitan (encryption) turut digunakan bagi memastikan maklumat privasi individu terjamin.

Pengerusi Jawatankuasa Penyelarasan Olimpik Musim Sejuk Beijing IOC, Juan Antonio Samaranch Jr. yang baru tiba di Beijing baru-baru ini turut menyifatkan langkah pencegahan wabak untuk temasya itu sebagai selamat dan berkesan.

Malahan, beliau juga berkata bahawa dasar gelembung selamat (close loop) berkemungkinan menjadikan kawasan temasya itu sebagai 'tempat paling selamat di dunia' ketika ini.

Pada masa ini, lebih 30 pemimpin negara telah mengesahkan kehadiran untuk majlis perasmian Sukan Olimpik Musim Sejuk Beijing dan aktiviti berkaitan.

Ia bukan sahaja dlilihat sebagai pengiktirafan positif dalam pencapaian pencegahan wabak China, malah mencerminkan keyakinan penuh terhadap Beijing yang mampu menganjurkan Sukan Olimpik Musim Sejuk dengan selamat.