Pemimpin Pelbagai Negara Kirim Perutusan Tahniah kepada Sukan Olimpik Beijing

2022-02-03 13:52:42  CRI
Share with:


Pemimpin pelbagai negara dan pertubuhan antarabangsa menyampaikan perutusan tahniah kepada Presiden China, Xi Jinping dan rakyat China bersempena Tahun Baharu Cina(TBC ), dan menyampaikan mogaan baik kepada Sukan Olimpik dan Paralimpik Musim Sejuk Beijing agar mencapai kejayaan. 


Yang di-Pertuan Agong Malaysia, Tengku Abdullah Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menzahirkan harapan agar Sukan Olimpik dan Paralimpik Musim Sejuk Beijing  mencapai kejayaan dan yakin temasya sukan itu pasti akan memperkukuh ikatan muhibah antara semua negara.


Presiden Vietnam, Nguyen Xuan Phuc menyatakan, Beijing akan menjadi bandar pertama yang berjaya menganjurkan Sukan Olimpik musim panas dan musim sejuk di dunia.

"Api suci Sukan Olimpik yang dinyalakan di Stadium Negara Beijing dipercayai menjadi simbol semangat sukan yang melangkaui sempadan negara, sekaligus mencerminkan ketabahan dan kuasa perpaduan umat manusia, mengukuhkan keyakinan pelbagai negara untuk mewujudkan  kedamaian dan kemakmuran di dunia," kata beliau.


Presiden Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa(IOC), Thomas Bach pula menyatakan, Beijing bakal melakar sejarah baharu.


"Visi Presiden Xi untuk menggalakkan seramai 300 juta rakyat China menyertai sukan ais dan salji telah direalisasikan. Atas usaha bersama kerajaan dan rakyat China, Sukan Olimpik Musim Sejuk Beijing pasti akan menjadi  temasya sukan dan menarik dan unggul," kata beliau.