Wang Yi: Pertemuan Pemimpin China-Rusia pasti akan Gariskan Panduan Hubungan Bilateral Pasca Wabak

2022-02-04 14:18:34  CRI
Share with:

Presiden China, Xin Jinping dan rakan sejawatnya dari Rusia, Vladimir Putin akan mengadakan pertemuan secara fizikal untuk kali pertama dalalm tempoh dua tahun bagi merealisasikan “Janji Sukan Olimpik Musim Sejuk” dan “Pertemuan Tahun Baharu Cina” pada 4 Februari. Pertemuan ini pasti akan menggariskan hala tuju perkembangan hubungan China-Rusia pasca pandemik COVID-19.

Demikian kata Menteri Luar China, Wang Yi ketika ditemui rakan sejawatnya dari Rusia, Sergei Lavrov pada Khamis lalu.

“Dengan pimpinan presiden kedua-dua negara, China dan Rusia menyambut ulang tahun ke-20 ‘Perjanjian Kerjasama Jiran Baik dan Persahabatan China-Rusia’ pada tahun 2021. Ini memperlihatkan kerjasama strategik kedua-dua negara yang bertaraf tinggi serta kesalingpercayaan dan persahabatan antara pemimpin kedua-dua negara,” kata Wang Yi.

Beliau menambah, China komited berusaha bersama Rusia untuk mengintensifkan persahabatan tradisional dan kolaborasi strategik komprehensif, bersama-sama memelihara keadilan dan kesamarataan antarabangsa demi kesejahteraan rakyat kedua-dua negara, malah sedunia.

Sergei Lavrov pula berkata, Rusia bersedia memperkasakan penyepaduan  perkembangan Kesatuan Ekonomi Eurasia (EAEU) dengan pembinaan Inisiatif  "Jalur & Laluan’" untuk terus memperluaskan kepentingan bersama kedua-dua negara.