Pelancong Domestik Catat 137 Juta Semasa TBC di China

2022-02-04 11:36:50  CRI
Share with:

Pelancongan jarak pendek, inap desa,  pelancongan ais dan salji menyaksikan  perkembangan pada tiga hari pertama percutian perayaan Tahun Baharu Cina (TBC) di  China.

Menurut  statistik Pusat Data Kementerian Budaya dan Pelancongan, jumlah pelancong domestik merekodkan 137 juta orang pada tiga hari lalu.

Angka ini pulih 71.5% berbanding tempoh yang sama tahun 2019. Dalam pada itu, jumlah pendapatan pelancongan mencatat RMB 167.85 bilion(RM110.25 bilion).