Sukan Olimpik Terbuka Wujudkan Situasi Sama Menang China-Dunia

2022-02-04 14:23:48  CRI
Share with:


China mengambil pengalaman daripada Sukan Olimpik Musim Panas Beijing 2008 dan negara penganjur lain sebagai panduan dalam menjayakan temasya Sukan Olimpik Musim Sejuk 2022  berpaksikan konsep terbuka sejurus mendapat hak penganjuran pada 2015.

Hanya 4 hari selepas bermulanya pengambilan sukarelawan global Sukan Olimpik Musim Sejuk Beijing pada 2019, bilangan pemohon direkodkan melebihi 460 ribu individu.

Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, Jawatankuasa Penganjur Sukan Olimpik Musim Sejuk Beijing telah mengundang 37 pakar asing dan memilih 207 individu profesional dan teknikal asing untuk mengambil bahagian dalam persiapan temasya sukan itu.

Dalam pada itu, China aktif bekerjasama dengan organisasi sukan antarabangsa dalam pembinaan lokasi pertandingan, pembuatan ais dan salji, penganjuran pertandingan dan latihan yang berkaitan, sehingga melakar kejayaan cemerlang dan menggalakkan interaksi kesukanan antara China dengan pelbagai negara.

Menurut "Pelan Pembangunan Sukan Ais dan Salji (2016-2025)" yang dirumuskan oleh China, jumlah skala industri ais dan salji di China diunjur  mencecah RMB 1 trilion(RM 657 bilion) menjelang 2025.

Memanfaatkan Sukan Olimpik Musim Sejuk Beijing sebagai peluang, banyak perusahaan tempatan dengan pembiayaan luar dilihat turut menumpang rezeki dalam pembangunan sukan ais dan salji China.

Dengan perasmian temasya pada malam ini, seluruh dunia yang berkumpul di platform terbuka ini bukan sahaja akan berkongsi pertandingan yang berada pada tahap tinggi, tetapi juga melihat keazaman dan usaha China dalam mempromosikan pertukaran sukan dunia, kerjasama terbuka dan mencari ilham daripada tamadun masing-masing di dunia.