Sukan Olimpik Musim Sejuk Beijing Suntik “Semangat Perpaduan” di Dunia

2022-02-05 15:50:33  CRI
Share with:

Sukan Olimpik Musim Sejuk 2022 yang dirasmikan di Beijing malam Jumaat lalu nescaya akan menyuntik “semangat perpaduan” di dunia.

Ini bertepatan dengan seruan Presiden Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC), Thomas Bach kepada para atlet, iaitu “hanya bersatupadu, barulah kita berjalan lebih pantas, mempunyai matlamat lebih tinggi dan menjadi lebih kuat”.   

Temasya sukan kali ini merupakan Sukan Olimpik Musim Sejuk pertama setelah  “lebih bersatu” dimasukkan dalam moto Olimpik dan menarik penyertaan kira-kira 3,000 orang atlet dari kira-kira 90 negara dan kawasan. Jumlah acara sukan dan pingat emas juga memperbaharui rekod dalam sejarah.

Sukan Olimpik Musim Sejuk Beijing akan terus menyemarakkan kegemilangan dan impian Sukan Olimpik yang telah berabad lamanya, dan menyatupadukan masyarakat di arena antarabangsa dengan semangat keamanan, persahabatan dan perpaduan.

Pandemik COVID-19 yang masih berleluasa, ketegangan situasi geopolitik yang semakin meruncing mengakibatkan dunia kini tidak aman, malahan penganjuran Sukan Olimpik Musim Sejuk juga diganggu dengan unsur politik. Dengan ini, “lebih bersatu” anjuran Sukan Olimpik amat diperlukan di dunia.

Dengan kerja persiapan selama lebih enam tahun, Sukan Olimpik Musim Sejuk 2022 diadakan menurut jadual dengan mengatasi pelbagai unsur negatif termasuk wabak. Ini memperlihatan China sebuah negara yang bersedia memikul tanggungjawab untuk mendorong perpaduan di dunia.

Lebih 30 orang tokoh politik penting antarabangsa menyerai majlis perasmian Sukan Olimpik Musim Sejuk di Beijing, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu pula buat julung kalinya mengedarkan setem untuk temasya sukan kali ini, selain itu, logo Sukan Olimpik Musim Sejuk Beijing digunakan sebagai hiasan di pelbagai negara. 

Kesemuanya ini membuktikan temasya sukan ini menjadi platform terbaik untuk menyatupadukan masyarakat di arena antarabangsa dengan semangat sukan dan praktis untuk membina Komuniti Berkongsi Nasib Sesama Insan.