Presiden Xi Utus Perutusan Tahniah kepada Sidang Kemuncak AU

2022-02-06 16:19:32  CRI
Share with:

Presiden China, Xi Jinping  mengutus perutusan kepada sidang kemuncak ke-35 Kesatuan Afrika (AU) Sabtu lalu  untuk mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada negara-negara Afrika dan rakyat  di benua itu.

Menurutnya, hubungan antara China  dengan Afrika berkembang pesat pada 2021.

"Mesyuarat peringkat menteri ke-8  Forum Kerjasama China-Afrika diadakan dengan berjaya pada November lalu.  Saya telah mengumumkan 'sembilan  projek' bagi kerjasama dengan Afrika dalam tempoh tiga tahun akan datang dalam  sidang tersebut," kata Xi.

Para pemimpin negara Afrika  dilaporkan dengan sebulat suara menyokong untuk membina Komuniti Berkongsi Nasib  China-Afrika pada era baharu.

Presiden Xi berkata,  dalam situasi baharu, China  bersedia bersama-sama dengan negara-negara Afrika melaksanakan hasil sidang  tersebut, memperkasa kerjasama pembinaan Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI),  menyatupadukan “Inisiatif pembangunan global” dengan “Agenda 2063” AU dan  mendorong kerjasama China-Afrika berkembang ke arah berkualiti lebih tinggi  dalam bidang yang lebih luas agar membuka lembaran baharu bagi hubungan  persahabatan kedua-dua pihak.