Suntik Momentum Baharu kepada Hubuangan China-Rusia

2022-02-06 15:29:04  CRI
Share with:


Sukan Olimpik Musim Sejuk Beijing ke-24 dirasmikan di Beijing pada Jumaat lalu. Presiden Rusia, Vladimir Putin antara pemimpin asing yang menghadiri majlis perasmian tersebut.

“Kedatangan Presiden Putin merealisasikan ‘Janji Sukan Olimpik Musim Sejuk’ dengan saya. ‘Pertemuan Tahun Baharu Cina’ kita dipercayai akan menyuntik momentum lebih banyak kepada hubungan kedua-dua negara, ” kata Presiden China, Xi Jinping ketika mengadakan pertemuan dengan Putin pada 4 Februari lalu.

Pemimpin kedua-dua negara mengimbas kembali janji pada masa dahulu, selain membincangkan isu-isu yang melibatkan hubungan dua hala, pembangunan dan kestabilan masyarakat antarabangsa.

Mereka mengumumkan “Pengumuman Bersama China-Rusia mengenai Hubungan Antarabangsa dan Pembangunan Lestari Dunia pada Era Baharu”.

Kerjasama pragmatik merupakan kata kunci dalam pertemuan pemimpin China-Rusia kali ini. Mereka mengadakan perbincangan topik berhubung kerjasama dalam bidang ekonomi dan perdagangan, tenaga, sains dan teknologi, kewangan dan lain-lain, bersama-sama mengumumkan pelancaran program tahun komunikasi China-Rusia dalam bidang sukan.     

 Dalam perkembangan lain, jabatan kerajaan dan syarikat kedua-dua negara menandatangani hampir 20 dokumen kerjasama yang turut memperkukuh asas kerjasama yang pragmatik.

Antaranya, peta jalan pembangunan berkualiti tinggi tentang perdagangan kargo dan perkhidmatan akan menyediakan syarat baik bagi mencapai sasaran nilai perdagangan dua hala yang ditetapkan pemimpin kedua-dua negara, iaitu melebihi USD 200 bilion(RM835.6 bilion) menjelang tahun 2024.