Presiden Xi Puji Sumbangan Yayasan Helen Foster Snow

2022-02-07 15:21:14  CRI
Share with:

Presiden China, Xi Jinping memberikan penilaian dan penghargaan tinggi kepada keluarga Helen Foster Snow atas sumbangannya dalam menggalakkan hubungan China-Amerika Syarikat (AS).

Demikian dikatakan Presiden Xi apabila membalas surat kepada Pengerusi Yayasan Helen Foster Snow AS, Adam Foster pada 27 Januari lalu.

Xi dalam suratnya mengatakan, suami isteri Foster telah memainkan peranan yang amat penting dalam mendorong gerakan Persatuan Kerjasama Industri China dan penubuhan Sekolah Shandan Peili. Rakyat China ingat akan sumbangan sahabat-sahabat antarabangsa termasuk suami isteri Foster terhadap revolusi dan pembangunan China serta persahabatan terhadap Parti Komunis China (PKC) dan rakyat China.

Xi dalam suratnya menegaskan, beliau berharap Pengerusi Adam Foster dan yayasannya dapat memberikan sumbangan baharu bagi meningkatkan hubungan persahabatan dan kerjasama antara rakyat China dengan AS.

Adam Foster baru-baru ini mengirim surat kepada presiden Xi, mengenang kembali sumbangan Puan Snow terhadap persahabatan rakyat antara AS dengan China. Beliau menyatakan akan terus mewarisi semangat Puan Snow untuk membina jambatan baharu bagi mendorong pertukaran rakyat kedua-dua negara.