Galakkan Semua Orang Nikmati Sukan Olimpik Musim Sejuk

2022-02-07 16:05:08  CRI
Share with:

Sebelum Sukan Olimpik Musim Sejuk dirasmikan, beberapa negara Barat bersuara lantang “memboikot”, bahkan menyeru para atlet jangan membawa telefon pintar ke China untuk mengelakkan pengawasan.

 

Antara mereka yang mempunyai hubungan tegang dengan China adalah Amerika dan Kanada.

 

Tak sangka setelah para atlet mereka tiba di Beijing, mereka tiba-tiba menjadi vlogger yang paling aktif untuk berkongsikan semua perkara yang menarik di sini melalui akaun media sosial masing-masing, termasuk megenai maskot Bing Dwen Dwen yang mendapat sambutan hangat oleh setiap orang, makanan yang sedap dalam kampung atlet serta kawalan wabak yang ketat serta stadium yang indah.

 

Malah, para netizen China turut memanggil mereka sebagai “rombongan pelancong dari Amerika dan Kanada”.

 

Satria amat gembira melihat mereka menikmati temasya sukan yang bertaraf tertinggi di dunia ini.

 

Ketika kontinjen Amerika masuk stadium “Sarang Burung” dalam majlis perasmian, ramai anggota kelihatan memegang telefon bimbit dengan gembiranya mengambil video dan selfie.

 

Antaranya video yang  dikongsi oleh Tessa Maud menjadi tular. Videonya memberi tumpuan kepada para sukarelawan yang menari tidak berhenti mengalu-alukan ketibaan kontinjen.

 

Seorang sukarelawan kelihatan amat gembira mengucapkan “welcome to China” kepada para atlet Amerika.

 

Tessa Maud amat terharu ketika melihat mereka mendapat sambutan hangat di sini. Dalam video untuk menjawab komen netizen selepas itu, beliau menyatakan sudah berulang kali menonton video ini dan setiap kali itu juga beliau terharu sehingga hampir menitiskan air matanya.

 

Setelah menonton video Tessa Maud, sukarelawan yang muncul dalam video itu pula menyampaikan salam kepadanya. Mahasiswa dari Universiti Tsinghua itu berharap Tessa Maud mencipta rekod terbaik di sini dan mengalu-alukan beliau melawat China lagi selepas pandemik dan ia akan membuka pelitup muka dan mengucapkan “welcome to China”lagi kepada Tessa Maud.

 

Meskipun bersaing dan bertanding untuk merebut pingat, interaksi antara atlet pula amat harmoni. Setelah ditewaskan oleh atlet Amerika, pasangan kurling campuran China berharap pesaing dari Amerika maju terus dan menghadiahkan dua set pin Beijing 2022 kepada mereka.

 

Atlet Amerika amat gembira dan turut berkongsikan gambar di media sosial serta memuji ia sebagai memperlihatkan semangat sukan.

 

Kontinjen Kanada pula khusus mengirim surat terima kasih kepada kumpulan sukarelawan yang berkhidmat untuk mereka dan menghargai mereka sebagai ahli keluarga.

 

Lebih cepat, lebih tinggi, lebih kuat, lebih bersatu. Semangat Olimpik ini mungkin susah difahamkan oleh segelintir tokoh politik Barat, tapi selalu dihargai oleh atlet yang berjuang untuk memberikan yang terbaik.

 

Ini menjadikan keadaan yang amat lucu apabila beberapa media utama Barat terus menghitamkan Sukan Olimpik di Beijing mengikuti agenda politik, tapi atlet mereka pula memperlihatkan satu temasya sukan yang penuh kegembiraan, harmoni dan keramahan kepada netizen dengan pengalaman mereka di sini.

 

Yang jelas, niat Barat untuk mengganggu kejayaan Sukan Olimpik Musim Sejuk Beijing hanya menjadi bahan ketawa saja. Ia tidak mengganggu orang China dan atlet dari seluruh dunia menikmati temasya sukan yang bertaraf tertinggi ini.

 

Inilah juga sasaran utama China sebagai tuan rumah Sukan Olimpik Musim Sejuk.

 

Seperti apa yang dikatakan oleh pengarah majlis perasmian Zhang Yimao, kalau pada tahun 2008, China menegaskan “saya”, dan berusaha menggalakkan dunia mengenali China. Tapi, pada tahun 2022, China menegaskan “kita”, dan menggalakkan semua untuk menikmati sukan dan berkongsi masa depan.