Sidang Kemuncak AU Fokuskan Perbaikan Kehidupan Rakyat

2022-02-07 13:14:43  CRI
Share with:

Kesatuan Afrika (AU) menyeru para anggota meningkatkan perpaduan untuk memperbaiki kehidupan rakyat dan pembangunan pelbagai negara pada masa depan.

Demikian ditegaskan dalam Sidang Kemuncak AU ke-35 yang berakhir di ibu pejabat AU di Addis Ababa, Ethiopia pada Ahad lalu.

Pengerusi bergilir AU, yang juga Presiden Senegal, Macky Sall dalam sidang kemuncak itu menyatakan, keadaan hidup rakyat Afrika dan pembangunan pelbagai negara pada masa depan merupakan masalah yang perlu difikikan oleh pemimpin negara Afrika. Beliau menyeru pelbagai negara Afrika bersatu padu dan mempercepat transformasi sosioekonomi di benua itu.

pPesiden Suruhanjaya Kesatuan Afrika, Moussa Faki dalam sidang media selepas sidang kemuncak itu memberitahu bahawa keamanan dan keselamatan Afrika merupakan isu yang diberi perihatian ramai selama ini. AU mengutuk keras pembaharuan kerajaan yang melanggar perlembagaan, dan menyokong penyelesaian perselisihan melalui mekanisme damai.