China-Mongolia Perlu Perkukuh Kerjasama, Perkaya Konotasi Perkongsian

2022-02-07 13:03:05  CRI
Share with:

Beijing berharap pertukaran lawatan peringkat tinggi dengan Ulaanbaatar dapat ditingkatkan, sementara perkongsian pengalaman tadbir urus negara diteruskan demi memperkayakan konotasi hubungan dua hala.

Demikian ujar Presiden Xi Jinping semasa pertemuan bersama Perdana Menteri Mongolia, Luvsannamsrai Oyun-Erdene yang datang ke China untuk menyaksikan pembukaan Sukan Olimpik Musim Sejuk 2022 di Beijing.

Beliau berkata, hubungan muhibah sesama rakyat diperkukuh menerusi kerjasama dua negara ketika memerangi wabak COVID-19 sejak dua tahun lalu.

"China akan menyalurkan bantuan dan sokongan kepada Mongolia untuk melawan wabak, merangsang ekonomi dan membaiki kesejahteraan rakyat," katanya.

Pada masa sama, beliau berharap agar konsensus yang tercapai oleh kedua-dua negara dapat dimantapkan, seterusnya memperoleh hasil hakiki.

Menurut Xi, China dan Mongolia harus menegakkan multilateralisme sebenar, mempertahankan keadilan antarabangsa, serta memelihara keamanan dan kestabilan serantau. 

Dalam pada itu, Oyun-Erdene pula menyatakan kesediaan pihaknya untuk memanfaatkan peluang pembangunan pesat China dan memperdalam kerjasama dua hala.

Beliau ingin melihat perkongsian strategik menyeluruh dua negara dapat dibawa ke tahap lebih tinggi menerusi penyepaduan dasar kebangkitan baharu (new revival policy) dengan Insiatif Jalur dan Laluan (BRI) serta Rancangan Lima Tahun (FYP) ke-14.