Bing Dwen Dwen Laris Dijual, Ekonomi Ais dan Salji Meriahkan Suasana TBC
Tahun ini merupakan tahun harimau menurut kalender tradisional China. Namun berbanding dengan harimau, Bing Dwen Dwen, maskot Sukan Olimpik Musim Sejuk 2022 Beijing lebih popular. Maskot itu kehabisan stok di kedai dalam talian, manakala para pembeli juga terpaska beratur panjang di depan kedai fizikal.
Apabila Sukan Olimpik Musim Sejuk diadakan sempena sambutan Tahun Baharu Cina (TBC), ekonomi ais dan salji turut mendinamikkan pasaran penggunaan di negara ini.
Yang menjadi popular semasa percutian TBC bukan sahaja produk-produk yang berkaitan dengan Sukan Olimpik Musim Sejuk, tetapi juga sukan ais dan salji yang menjadi lebih hangat dalam kalangan rakyat biasa.
Menurut data statistik yang dikeluarkan oleh sebuah platform tempahan perkhidmatan pelancongan dalam talian, jualan tiket di padang ski semasa TBC ini berganda berbanding tempoh yang sama pada tahun lalu. Di samping itu, tempahan hotel di pelbagai tempat peranginan ais dan salji seperti Harbin, Gunung Changbai dan Altay juga meningkat sekali ganda.
Ketika memohon untuk menganjurkan Sukan Olimpik Musim Sejuk ini pada 2015, China telah mengemukakan sasaran iaitu 'membawa 300 juta rakyat terlibat dalam sukan ais dan salji'. Sasaran tersebut telah tercapai pada masa ini. Sehingga Oktober 2021, seramai 346 juta orang rakyat China aktif menyertai sukan ais dan salji.
Dalam pada itu, pelbagai industri yang berkaitan dengan ais dan salji seperti sukan, pelancongan dan perkilangan turut ditingkatkan secara menyeluruh. Menurut laporan oleh Institut Pengajian Pelancongan China baru-baru ini, pendapatan dalam sektor peranginan ais dan salji di China diunjurkan akan mencatat RMB323.3 bilion (RM202 bilion) pada 2021 hingga 2022.
Apabila pandemik COVID-19 masih menular di dunia, pasaran penggunaan di China tetap rancak ketika perayaan TBC. Ini tidak dapat berpisah dengan tindakan pencegahan dan kawalan wabak yang berkesan dan kesungguhan kerajaan untuk memulihkan ekonomi yang stabil. Ini juga bermakna bahawa syarikat-syarikat dari seluruh dunia akan turut memperoleh peluang daripada permintaan yang terus meningkat di China.